MILLION DOLLAR MENTOR :
Rawani Razali & Samsudin Ab Rahman
Seorang jurutera meninggalkan gaji bulanan 5 angka untuk mengejar kerjaya baru demi menjaga anaknya yang menghadapi kanser.
Rawani dan Samsudin keduanya adalah bekas jurutera dalam industri minyak dan gas. Mereka telah meninggalkan gaji bulanan lima angka untuk mengejar kerjaya baru dalam perniagaan. Asalnya tahun 2016, Rawani berhenti kerja demi menjaga anaknya yang pernah menghidap kanser.
Saat ini, Rawani berusia 41 tahun dan ibu dari tiga anak. Sebelumnya, beliau pernah bekerja sebagai Pengurus Kejuruteraan dan Jurutera Senior di industri pembinaan fasiliti minyak dan gas pesisiran luar pantai di syarikat di Johor selama 11 tahun.
Pada Januari 2016, putra keduanya yang berusia 8 tahun didiagnosis menghidap kanser darah atau leukemia. Untuk memberikan lebih banyak masa untuk menjaga anaknya, beliau harus meninggalkan pekerjaannya dengan gaji bulanan 5 angka. Pada bulan Mac 2016, beliau diperkenalkan tentang Forever Living dari sahabat lama melalui applikasi Telegram.
Awalnya, beliau membeli produk Forever Living untuk mengatasi masalah sembelitnya sendiri. Namun, kemudian beliau menemui bahawa produk-produk Forever Living juga dapat membantu anaknya melawan kanser. Untuk mendapatkan harga produk Forever Living dengan harga yang lebih murah, serta membayar perawatan lanjutan, beliau segera menyertai B.O. International 9333.
Beliau sangat tekun dalam belajar menggunakan sistem BOI 9333 kerana impian besar beliau ialah untuk menghadiahkan suami dan anak-anaknya percutian mewah ke luar negara setiap tahun! Dan akhirnya beliau menghasilkan pendapatan melebihi RM1 juta melalui sistem ini dalam 5 tahun! Melalui BO International, Rawani dan Samsudin telah diiktiraf di dalam Britishpedia Successfull People in Malaysia Edisi Keempat dari Britishpedia Publishing.
Anaknya telah mengamalkan produk Forever Living sejak April 2016 hingga sekarang dan sihat sepenuhnya sejak tahun 2017 lagi. Melalui sistem B.O. International 9333, beliau dan anaknya dapat melancong ke pelbagai negara di seluruh dunia setiap tahun seperti USA, UAE, UK, Perancis, Jerman, Indonesia dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, Rawani dan Samsudin juga berjaya menambah 2 kereta Mercedes Benz C Class, hartanah bernilai lebih RM 1 juta, dan terus menyekolahkan anak-anak di sekolah swasta hasil dari pendapatan bisnes ini. Sekarang mereka meneruskan pembinaan bisnes rangkaian ini bersama rakan niaga lebih 3000 orang dari Malaysia dan Singapura.