BO International

MILLION DOLLAR MENTOR :

Ms. HJH Yuslida Othman & Mr. HJ Radzuan Japri

Beliau, Yuslida Othman bekas jururawat di Institut Jantung Negara. Beliau menjadi suri rumah setelah mengikuti suaminya yang bekerja di Arab Saudi. Beliau mengambil inisiatif menjual makanan Malaysia kepada orang tempatan untuk mengisi masa terluang. Bergelar suri rumah membuatkan beliau kurang menjaga bab pemakanan hingga mengalami masalah berat badan dan kesihatan lain. Keadaan kesihatan beliau bertambah parah dengan pengambilan suplemen tanpa mengkaji kandungan bahannya.
 
Pada tahun 2017, beliau bertuah menemui produk Forever Living. Beliau merasakan produk kesihatan jenama ini sangat berkesan. Selepas mengambil suplemen ini selama 9 bulan, berat badan beliau berjaya dikurangkan dari 80 kg hingga 60 kg. Oleh itu, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produk Forever Living. Sejak itu, beliau menyertai Sistem B.O. International 9333 dan mula membina rangkaian di Arab Saudi dan Malaysia.
 
Dengan bantuan Sistem B.O. International 9333 serta didikan Dato Dr. Desmond Kong dan Datin Dr. Grace Chan, beliau berjaya mencapai Global Leadership Team dalam tempoh 3 tahun sahaja. Pendapatan dan insentif yang lumayan telah menyakinkan suaminya untuk berhenti daripada karier profesionalnya iaitu perfusionis di Arab Saudi walaupun gajinya sudah mencecah RM25,000 sebulan.
 
Tahun 2020 merupakan tahun pandemic, di mana banyak perniagaan terjejas. Namun, pendapatan yang mereka perolehi mencecah RM1 juta dalam masa setahun! Kini, beliau mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga. Mereka tidak perlu bersusah payah menetap di perantauan cuma untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.
× Contact Us