MILLION DOLLAR MENTOR :
Sy Nurul Faraidayu Syed Mohd Azmi & Ahmad Shah Jamaludin
Dari seorang guru sekolah rendah ke mentor perniagaan antarabangsa yang memiliki 3 buah rumah yang nilai keseluruhan berjumlah 2 juta.
Beliau memulakan langkah dalam dunia pemasaran rangkaian ketika masih berusia awal 20 tahun. Beliau pernah bekerja sebagai kakitangan di sebuah syarikat perundingan, di mana bosnya adalah ketua syarikat pemasaran rangkaian di Malaysia ketika itu. Bosnya menjemput beliau untuk menyertainya dengan meminjamkan modal sebanyak RM3,000 dan membayar balik selepas mendapat keuntungan. Walaupun memerlukan pelaburan wang yang banyak, beliau menganggap ia sebagai peluang yang baik untuk menambah pendapatan, dan oleh itu menerima cadangan bosnya.
Bermula dari situ, mereka telah mencuba pelbagai syarikat MLM tetapi gagal mendapat pendapatan yang berterusan, dan beliau kecewa dengan MLM.
Kemudian, beliau mula melabur dalam perniagaan emas. Beliau melabur sebanyak RM30,000 tetapi hanya mendapat sedikit keuntungan dan tidak mencapai kebebasan kewangan. Oleh itu, beliau terus mencari platform perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang stabil dan memberikan pulangan yang berharga.
Kemudian pada bulan Mei tahun 2014, beliau mengetahui tentang satu peluang terbaru melalui media sosial iaitu Facebook. Setelah beliau berjumpa dan mendengar penerangan tentang pelan pemasaran beliau terus terbuka hati untuk menyertainya. Setelah itu beliau mengetahui tentang Sistem B.O. International 9333, di mana produk utama syarikat tersebut adalah gel aloe vera.
Beliau terkejut kerana pada tahun 2010, beliau sendiri pernah mencuba gel aloe vera semasa mengalami masalah sembelit yang teruk semasa melahirkan anak. Oleh itu, beliau yakin dan mempercayai produk syarikat ini kerana beliau telah mencuba dan membuktikan keberkesanannya. Maka, beliau dan suaminya menyertai Sistem B.O. International 9333.
Pada tahun 2017, beliau dan suaminya telah bersara awal daripada menjadi guru sekolah dan menyertai Sistem B.O. International 9333 dengan sepenuh hati. Kini, beliau telah membeli kereta mewah bernilai RM300,000 dan 3 buah rumah yang bernilai 2 juta serta dapat merealisasikan impian beliau dan keluarganya.