BO International

MILLION DOLLAR MENTOR :

Lela Nizwani Binti Akob & Abd Ali Bin Mustaffa

Dari seorang pengusaha cafe dan kantin yang pernah diistiharkan muflis kini merupakan seorang mentor usahawan antarabangsa yang merealisasikan impian beliau.
 
Pada asalnya beliau banyak berniaga secara konvensional dengan badan2 berkanun dan Konglomerat di Subang dan Lembah Klang. Pada tahun 2014, dikala beliau sedang dalam era kejatuhan, beliau diperkenalkan dengan Sistem B.O. International 9333 melalui sebuah co Networking iaitu Forever Living Product.
 
Pada ketika itu usia beliau 49 tahun. Beliau berminat untuk menyertai BO International kerana ingin mencari penawar untuk anak beliau yang mengalami resdung teruk dan juga masalah sembelit,darah tinggi ,dan saraf yang dialami beliau. Selain mendapat semula kesihatan, beliau mendapati B.O. International 9333 merupakan sistem yang sangat efisien, sistematik dalam memacu ramai usahawan untuk membina jaringan perniagaan yang menguntungkan melalui peniagaan berkonsepkan networking.
Selepas mendengar GEP dan teruja tentang insentif2 lumayan yang syarikat tawarkan , beliau terus berniat untuk aktif bagi membantu lebih ramai orang untuk sihat dan merebut peluang menjana pendapatan yang sangat hebat diForever melalui Sistem B.O. International 9333 .
 
Kerana ketelusan syarikat dan sistem yang bagus ini, beliau telah dapat melunaskan hutang2 yang dulunya banyak disamping mendapat semula kesihatan beliau dan keluarga. Lebih mengembirakan beliau juga telah bebas kewangan.
 
Kini, setelah hampir 10 tahun bersama FLP dan BO International 9333, pasukannya telah mempunyai kira-kira 5 ribu orang. Beliau juga berjaya menjana pendapatan mencecah RM1.9 juta dalam tempoh 5 tahun dengan pendapatan bulanan 5 angka hingga kini.
Beliau juga dapat menikmati pakej-pakej pelancongan ke luar negara secara percuma. Antara negara-negara yang beliau telah kunjungi secara percuma melalui insentif kejayaan termasuk Singapore, South Africa, Phoenix USA Cancun Mexico, Greece, Dallas, Dubai, Montecarlo, Rome, Barcelona Bangkok, Sweeden, Abu Dhabi dan lain-lain.
× Contact Us