BO International

MILLION DOLLAR MENTOR :

Mr. MOHD LOKMAN BIN OTHMAN & Ms. MAIZATUL HUDA BINTI HJ DAHALAN

Dari seorang yang berhutang lebih RM200K ke seorang usahawan yang mempunyai kebebasan kewangan.
 
13 tahun dulu, kehidupan beliau sangat susah. Beliau asalnya bekerja kerajaan selama 23 tahun, baki gaji sangat kecil dan tak cukup untuk menyara keluarganya. Beliau mempunyai 9 orang anak, di mana 5 orang masih bersekolah. Beliau tidak mampu membayar pinjaman kereta selama 4 bulan, hanya mampu menyewa rumah kecil RM200 sebulan kerana berhutang hampir RM200k, termasuk hutangan bank, koperasi, dan 5 kredit kad yang perlu dilangsaikan segera. Ketika itu, beliau juga telah disenarai hitamkan oleh CTOS dan CCRIS.
 
Pada masa itu, beliau mengenali dan cuba mengguna produk Forever Living kerana mempunyai masalah kolestrol tinggi, sembelit teruk dan kebocoran protein. Untuk membayar hutang dan membeli produk Forever Living, beliau telah menyertai Sistem B.O. International 9333 pada tahun 2010 . Beliau percaya melalui sistem tersebut, beliau yakin boleh mendapat kebebasan kewangan.
 
Kini, beliau mempunyai pasukan yang melebihi 6000 orang. Beliau adalah merupakan CBM Melayu Pertama di Malaysia dan di dunia , pencapai Soaring Manager dan telah menjana pendapatan melebihi RM2 juta dan telah memiliki aset melebihi RM1 juta dari Forever Living. Beliau telah melancong ke lebih 25 negara, termasuk Hawaii, London, Singapura, Afrika Selatan, Dubai, Sydney, Abu Dhabi dan lain-lain negara. Beliau juga telah terpilih dan dinobatkan sebagai seorang ” The Successful People in Malaysia” oleh Britishpedia pada tahun 2022. Matlamat beliau pada tahun 2024 ialah membina 3 CBM dan mencapai Global Rally.
× Contact Us