BO International

BO International

Upcoming Events

“Entrepreneur coaching & training to all that need successful in their business”

ABOUT EVENT:
Malay System Day

SEMUA INSENTIF FOREVER MILIK KITA

Siapa sebelum ini pernah buat macam-macam bisnes seperti ini?

Ada yang guna modal besar, produk hanya satu jenis tapi boleh rawat penyakit dari A ke Z. Bila tengah buat bisnes, produk habis stok, harga produk pula naik berkali-kali, dan kena jual banyak stok tapi bonus dapat sikit saja. Yang penting, kita jual produk apa pun tak kisah, janji bukan buat bisnes yang scam, HARAM. Tak ada sijil lesen kelulusan (AJL) pun tak apa, kita boleh saja buat bisnes dulu dan yang penting kita mesti join awal untuk jadi orang terawal 001. Syarikat baru memang perlu masa untuk orang kenal kita dan bisnes kita.

Haa, pernah dengar perkara-perkara yang saya sebut di atas ini? Kita buat bisnes ini mesti melalui kejayaan dalam jangka masa pendek (1 tahun), masa sederhana (5 tahun), dan jangka panjang (10 tahun). Tiba-tiba, baru buat bisnes 2-3 tahun nak kaya, syarikat dah tutup, dah ubah plan pemasaran, syarikat tutup sebab pengarah bergaduh, syarikat berpecah-belah, dan lain-lain hal. Yang penting, mereka dah songlap duit berjuta-juta dulu. Pernah tak dengar hal ini?

Saya pernah lalui perkara seperti ini 14 tahun dulu, tapi saya tak bosan, tak putus asa. Saya bertuah, yakin, dan percaya kepada Allah. Saya terus mencari, sebab saya tahu ada ramai orang berjaya dalam bisnes di luar sana kerana mereka bekerja keras, mereka membina leader, mereka ada banyak modal, mereka orang terawal. Tapi ramai juga yang gagal sebab tersalah join platform bisnes yang hanya dibuka untuk ditutup.

Jom bersama saya, kali ini saya nak kongsi satu bisnes network yang betul-betul bisnes sebenar, syarikat kuat, produk sebenar, pelan pemasaran sebenar, insentif sebenar. Sebab saya dah berjaya capai semua insentif yang ditawarkan, semuanya milik kita, dan dah beribu orang berjaya menjadi jutawan dari seluruh dunia.

ABOUT EVENT:
2024 Kickstart

Tinggal Seat Tak Banyak ya‼
Peluang Belajar Bersama Pakar dalam pengurusan & pembangunan usahawan di peringkat antarabangsa🔥🔥🔥
Training offline Pada 19/10/2024, dari jam 9 pagi hingga 4 petang bertempat di International Youth Center Cheras ( pusat belia antarabangsa)
kami mengadakan sesi istimewa yang penuh dengan ilmu dan strategi perniagaan! Dalam acara ini, anda akan belajar:
🔹 Nilai-nilai penting untuk kejayaan sebagai seorang usahawan
🔹 Penggunaan DISC personality untuk memotivasi dan mengurus pasukan
🔹 Strategi Blue Ocean untuk mencipta pasaran baru
🔹 Kepentingan sistem dalam perniagaan
🔹 Cara menetapkan dan mencapai matlamat
🏷 Yuran komitmen:
untuk dptkan early bird ticket RM40, sila tuntut dengan masukkan kod kupon [TTE] dan TEKAN TUNTUT
RM50 seorang sebelum 15/9/24
RM60 seorang sebelum 15/10/24
Tempat terhad, jadi daftar sekarang untuk memastikan anda mendapat tempat!

Event gallery

× Contact Us